ZILAL HAKIM
Nama saya mohammad Luqman
Hakim bin Suhaimi, saya tinggal di Pasir Puteh Kelantan. Pernah menimba ilmu di
Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu. Kemudian melanjutkan pelajaran ke
Matrikulasi Pulau Pinang dalam bidang sains. Sekarang berumur 19 tahun. Masih
giat menjalankan aktiviti penulisan melalui media sosial seperti facebook,blogspot dan twitter.
Zilal Hakim, bukanlah nama
saya tapi boleh dikatakan nickname sahaja. Zilal yang bermaksud bayangan atau
naungan dan Hakim pula bermaksud kebijaksanaan. Zilal adalah impian yang ramai
orang ingin kecapi dan capai. Zilal yang saya maksudkan adalah berdasarkan
kepada hadis Nabi Muhammad SAW :-
Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:
قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه.
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya ,Pemimpin yang adil, Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى, Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis.” (Sahih Bukhari, Hadis no 620)
Ya, bayangan atau naungan inilah
yang saya maksudkan. Iaitu Naungan Arasy Allah swt.
Golongan yang yang mendapat naungan arasy Allah:-
Pemimpin (Imam) yang adil
-Pemuda yang menyibukkan dirinya untuk beribadah kepada Allah
-Seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid
-Dua orang yang saling mencintai, bertemu dan berpisah kerana Allah
-Seseorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’
-Seseorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya
- Seseorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga mengalur air matanya basah kerana menangis.
-Pemuda yang menyibukkan dirinya untuk beribadah kepada Allah
-Seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid
-Dua orang yang saling mencintai, bertemu dan berpisah kerana Allah
-Seseorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’
-Seseorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya
- Seseorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga mengalur air matanya basah kerana menangis.
Untuk menjadi salah satu
daripada mereka ini sangatlah susah. Paling tidak sekurang-kurang menjadi salah
seorang daripada mereka sudah cukup beruntung Kerana mereka yang mendapat
naungan arasy Allah ini ,In shaa Allah ,dijanjikan syurga. Namun memerlukan
jihad melawan nafsu dan melakukan tarbiah secara total.
Comments
Post a Comment