Matrikulasi oh Matrikulasi



















Assalamualaikum, Hai.. baca lah kat bawah ni  :)
Program Matrikulasi merupakan program kolej yang hanya di giatkan dan dijalankan di Malaysia sahaja. Matrikulasi merupakan "fast track" bagi para pelajar yang tidak berjaya ke asasi Universiti. Walaupun begitu, matrikulasi kerap kali didengar dan diketahui sebagai Kolej yang susah  dan menyusahkan.

Sebelum saya bincang hal atas ni, pemberitahuan bahawa matrikulasi mempunyai dua program :

1-Program Satu Tahun (PST)-2 Semester
2-Program Dua Tahun (PDT)-4 Semester

Matrikulasi terdiri daripada 2 aliran iaitu Sains dan Akaun.
Aliran Sains terdiri daripada 3 modul
Modul 1-  (Mate,Bio,Chem,Phy)
Modul 2- (Mate, Sc Comp,Chem,Phy)
Modul 3-(Mate,Sc Comp,Bio,Chem)

Manakala Aliran Akaun pula hanya satu modul:
Akaun- (Mate,Ekonomi,Perniagaan)

-Jika dibandingkan antara matrikulasi, Form 6 dan Asasi, Matrikulasi adalah lebih mudah daripada Form 6 dan lebih Umum pemilihan kerjayanya daripada Asasi.
Seperti yang diperkatakan bahawa Program Matrikulasi susah dan sebagainya, yang sebenarnya program ini hanya semata-mata untuk.
membantu para pelajar yang tidak berjaya ke Universiti untuk masuk ke Universiti.

-Sistem pelajarannya tak dinafikan memang agak laju dan padat.
Walaubagaimanapun, kejayaan tidakkan datang bergolek tanpa usaha. Anywhere you go you've to struggle to get what you want.


Pemakaian ke Kelas:
Lelaki: Berkemeja, bertali leher, Berkasut Hitam
Perempuan: Berbaju Kurung, Bertudung, (Jika tak bertudung) Rambut di ikat Kemas.
Pengajian di matrikulasi terdiri dari 3 corak iaitu :-
-Kuliah : Menimba Ilmu
-Tutoran: Memahami Ilmu
-Amali: Aplikasikan Ilmu

Kehidupan di Matrikulasi tidak jauh berbeza dengan sekolah, yang membezakannya hanyalah
-Tinggal di asrama (4orang sebilik)
-Bukan Matrikulasi yang diimpikan(certain)
-menimba ilmu beramai-ramai dalam dewan Kuliah
-Tiada baju seragam sekolah

Apa pun kepada yang belum ada Cita-cita lagi atau tak pasti nak jadi apa, Semoleknya masuk ke Program ini.

Anyway, pilihan terletak ditangan sendiri.
I Was In Penang Matriculation College.
At The End of The Day, You'll Know the Excitement of Being There.

Comments